TPM Seru Hapuskan Prsangka Dan Suburkan Perasan Hormat Sesama Kaum

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut esok, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru rakyat Malaysia agar menghapuskan segala prasangka dan menyuburkan perasaan hormat-menghormati sesama warga.

Beliau yakin rakyat Malaysia dari pelbagai kaum akan meneruskan sikap menerima perbezaan amalan agama dengan hati yang terbuka, sekaligus menyuburkan semangat perpaduan yang telah sekian lama dibina.

Sambil mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia sewajarnya berbangga dengan sikap keterbukaan untuk menerima perbezaan itu.

"Sikap ini kita jelmakan melalui kemeriahan sambutan perayaan pelbagai agama yang merupakan anugerah keamanan dan perpaduan yang tidak ternilai bagi kita. Inilah keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang harmoni.

"Ikatan perpaduan yang telah terjalin antara masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini adalah ramuan utama keamanan dan keharmonian yang berkekalan di negara kita," katanya dalam perutusan sempena Deepavali di sini.

Muhyiddin juga menyeru agar rakyat Malaysia bersama-sama meneruskan amalan dan budaya sambutan perayaan secara harmoni agar generasi masa depan dapat menghargai kepelbagaian agama dan budaya di negara ini sekaligus dapat menyemai perasaan cintakan negara.

"Kekalkanlah keharmonian ini demi masa depan kita bersama yang lebih sejahtera. Marilah kita menyemarakkan budaya kunjung mengunjungi jiran tetangga dan sahabat handai sempena perayaan Deepavali ini.

"Budaya yang kita amalkan sempena sambutan perayaan adalah keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Semarakkan semangat 1Malaysia dengan meraikan Deepavali secara bersama dalam suasana yang harmoni," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu menggunakan peluang yang ada untuk mengeratkan hubungan persahabatan sesama kita dengan mengunjungi sahabat handai dan rakan taulan.

Muhyiddin berkata sambutan perayaan Deepavali tentunya lebih meriah jika dapat berkumpul bukan sahaja dengan kaum keluarga, malah dengan sahabat handai dari pelbagai kaum. Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata rakyat Malaysia tidak patut membenarkan pemikiran sempit di kalangan sesetengah pihak untuk mencabar keunggulan pemikiran rakyat Malaysia.

"Kita perlu memperluas suara-suara logik, pertimbangan dan kesederhanaan," katanya dalam mesej sempena Deepavali.

Dr Chua berkata selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pergerakan kesederhanaan global (GMM), rakyat Malaysia perlu menjadi contoh dan model yang menentang ekstremisme di mata masyarakat dunia.

"Kita mesti memilih jalan kesederhanaan untuk pembangunan yang lestari, kesaksamaan dan menolak konflik dan mengikis budaya dendam dan kebencian," katanya.

Beliau berkata Malaysia dianugerahkan dengan kepelbagaian kaum, budaya, tradisi dan perayaan yang menjadikannya sebuah negara yang menarik.

"Tiada suara, sama ada dari orang Melayu, Cina atau India, yang tidak kurang pentingnya daripada yang lain. Kita mempunyai suara yang sama dan tidak ada sesiapa yang kurang penting daripada yang lain," katanya.

Chua berkata Deepavali bukan satu perayaan untuk penganut Hindu sahaja tetapi bagi semua rakyat Malaysia untuk merayakannya.

"Kita sentiasa menyaksikan rakyat Malaysia berduyun-duyun menghadiri majlis-majlis perayaan yang lain. Ini merupakan satu manifestasi kekuatan kita yang berkembang menjadi satu resepi bertoleransi, penerimaan dan kewujudan bersama," katanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pula mengingatkan semua rakyat Malaysia yang pulang bercuti ke destinasi masing-masing supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kemalangan semasa di jalan raya.

"Kita ingin mengingatkan setiap orang supaya tidak memandu melebihi had laju, kelajuan membunuh dan sesiapa yang memandu melebihi had laju, cenderung hilang kawalan ke atas kenderaan yang boleh membawa kepada kemalangan," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengingatkan setiap orang supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan memastikan sistem brek dan tayar kenderaan berada di dalam keadaan baik memandangkan musim hujan telah bermula.

Bagi mereka yang menunggang motosikal, beliau mahu mereka memakai topi keledar dan memasangnya dengan betul bagi mengelakkan kecederaan kepala yang serius jika berlaku kemalangan manakala bagi mereka yang memandu, beliau mahu pemandu dan penumpang di bahagian belakang memasang tali keledar kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan apabila kemalangan.

"Sekiranya boleh, harap gunakan pengangkutan awam seperti kapal terbang, kereta api atau bas ekspres untuk perjalanan jauh kerana ia adalah 50 kali lebih selamat berbanding menunggang motosikal," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan