Rumah Victory Dikunci JKM Kerana Beroperasi Tanpa Lesen

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)mengunci pusat jagaan Rumah Victory di Taman United dekat Jalan Klang Lama di sini, kerana didapati beroperasi tanpa lesen mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan 2007).

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Noormah Abd Rauf berkata tindakan itu diambil selepas Notis Lak diserahkan kepada pengendali pusat jagaan tersebut Selasa lepas manakala ibubapa kanak-kanak terbabit juga telah diminta membawa pulang anak masing-masing.

Beliau berkata tindakan itu juga diambil bagi menjaga kebajikan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut yang mungkin berdepan bahaya moral.

Semalam, polis mengambil keterangan sembilan kanak-kanak di Rumah Victory berhubung beberapa kes cabul yang dipercayai dilakukan seorang sukarelawan pusat jagaan tersebut.

Mengikut notis yang dikeluarkan JKM, premis itu akan dikunci sehingga pemiliknya memperoleh perakuan atau lesen yang sah daripada jabatan berkenaan.

Sementara itu, Noormah berkata ini merupakan kali kedua pihaknya bertindak mengunci pusat jagaan yang didapati gagal memenuhi standard minimum, atau beroperasi tanpa perakuan JKM.

"Yang pertama dulu, kita tak maklumkan kepada pemberita. Nama tempat itu saya tak boleh nak sebut, cuma ia terletak di kawasan Setapak," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 236 pusat jagaan di Wilayah Persekutuan masih dalam proses pendaftaran, 42 daripadanya telah memperoleh perakuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba, sebelum diberikan lesen oleh JKM manakala 30 lagi telahpun menerima perakuan pendaftaran.

Katanya, mengikut subseksyen 5(2) akta sama, pemilik pusat jagaan yang gagal berdaftar dengan JKM, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Bagi kesalahan berterusan, mereka boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi hari-hari berikutnya.

Seramai 21 kanak-kanak lelaki berusia antara sembilan hingga 16 tahun menghuni pusat jagaan berkenaan, yang beroperasi tanpa perakuan sah JKM sejak 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan