Pesawat Qantas A380 Mendarat Cemas Di Lapangan Terbang Changi - Berita Semasa | mStar

Pesawat Qantas A380 Mendarat Cemas Di Lapangan Terbang Changi

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebuah pesawat Airbus A380 milik Qantas membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini pada Khamis selepas mengalami kerosakan enjin.

Pesawat dua tingkat itu mendarat kira-kira jam 11.45 pagi setelah terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan menuju Sydney selepas singgah di Singapura dari London, menurut beberapa laporan awal dan pihak Qantas.

Laporan awal yang memetik sumber agensi antarabangsa juga menyatakan, sebuah daripada empat enjin pesawat Qantas itu mengalami kerosakan dan terpaksa menggunakan tiga enjin ketika mendarat di Changi.

Semasa kejadian, pesawat itu membawa kira-kira 430 penumpang, dan setakat ini tiada kecederaan yang dialami oleh penumpang dilaporkan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan