Pengiraan Undi Di Batu Sapi Bermula

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Khamis sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih di situ tamat pada 3 petang tadi.

Pegawai pengurus pilihan raya itu, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu Bernama bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.

Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi, akan ditutup pada 4 petang manakala yang lainnya akan ditutup pada 5 petang.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmund Chung Ket Wah dari B Nakibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas. Tsen adalah balu Chung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan