P185 Batu Sapi: Proses Mengundi Lancar, Jumlah Keluar Mengundi Sedikit - Pengerusi SPR - Berita Semasa | mStar

P185 Batu Sapi: Proses Mengundi Lancar, Jumlah Keluar Mengundi Sedikit - Pengerusi SPR

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Proses membuang undi pada pilihan pilihan raya kerusi Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hanya kira-kira 10,550 pemilih berdaftar telah membuang undi.

Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas pukul 11 pagi.

Seramai 24,047 pemilih berdaftar dijadual membuang undi hari ini, manakala 1,014 pengundi pos telah berbuat demikian pada Selasa.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan