N45 Galas: Sikap Agresif Penyokong Parti Pembangkang Takutkan Pengundi

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Sikap agresif penyokong parti pembangkang dalam usaha cuba meraih undi di saat-saat akhir menyebabkan sebilangan pengundi merasa takut untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Walaupun keadaan cuaca agak mendung pagi tadi, namun situasi di beberapa pusat pengundian agak panas dengan provokasi-provokasi yang kebanyakannya dicetuskan oleh penyokong parti pembangkang sehingga hampir mencetuskan kekecohan.

Namun hasil tindakan pantas polis, kekecohan yang timbul berjaya dikawal dan ditangani sebelum merebak kepada kejadian yang lebih buruk.

Antara pusat pengundian yang agak 'panas' pagi ini termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, Sekolah Kebangsaan Gua Musang dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fakhry Petra.

Tinjuan Bernama di Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fakhry Petra mendapati ada pengundi yang berpatah balik setelah mendapati keadaan agak tegang dan kecoh di pusat pengundian itu.

Bagi Siti Zariani Mohktar, 24 dari RPT Lembaga yang pertama kali mengundi, beliau merasa tidak selesa dengan situasi ejek mengejek dan sikap agresif penyokong parti sepanjang laluan untuk ke pusat pengundian.

"Rasa takutlah...," katanya ringkas sambil memegang erat tangan suaminya Mohd Farid Ibrahim, 31 sambil menuju ke pusat pengundian.

Bagi Noraini Zahari, 25 dari Kampung Tiong yang kali kedua membuang undi selepas Pilihan Raya Umum 2008 juga merasakan perjalanan pilihan raya kecil ini patut dijalankan secara aman.

N. Parvathi, 59 pula berkata insiden kejadian tolak menolak dan ejek mengejek yang kebanyakannya dipercayai dilakukan oleh peraih undi dari luar tidak sepatutnya berlaku.

"Kita nak mengundi secara aman dan tahu nak memilih parti mana, tak perlulah nak bergaduh-gaduh," katanya.

Keadaan tegang pada waktu pagi tadi bagaimanapun kembali tenang tengah hari ini apabila penyokong kedua-dua parti mencari tempat untuk berteduh setelah cuaca menjadi panas terik.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi menasihatkan penyokong parti politik agar berdisiplin dan menjaga tatasusila mereka bagi memastikan kelancaran proses pembuangan undi.

Sehingga kini kelancaran trafik dalam kawalan lalulintas adalah baik setakat ini, katanya.

"Memang ada sedikit kekecohan namun keadaan pengundian berjalan dengan lancar. Polis mengambil tindakan cepat menangani perkara itu," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan peti undi di DUN Galas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan