N45 Galas: Ketua Puteri Umno Dakwa Dipukul

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, makin tercemar apabila seorang anggota Pergerakan Puteri Umno mengalami kecederaan di bahagian dahi dan hidung dikatakan dipukul oleh ahli parti lawan.

Mangsa, Nor Suzaini Adlina Mohd Shukri, 37, Ketua Puteri Umno Kuala Krai mendakwa dipukul menggunakan batang bendera di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Kejadian berkenaan disahkan oleh Pengerusi Tetap Puteri Umno, Azlieza Azizan.

"Suzaini dipukul semasa membawa pengundi ke kaunter SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), pada mulanya dia dipukul di bahagian belakang dan apabila dia berpusing, dia dipukul di dahi dan hidung pula," katanya.

Terdahulu pada kira-kira pukul 8.30 pagi, insiden tumbuk menumbuk dan pergaduhan kecil turut berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wangi yang dipercayai berpunca daripada tindakan provokasi penyokong PAS yang didakw masuk ke kawasan khemah BN.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan