Lim Chong Eu Masih Tidak Sedar

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu yang kini dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak minggu lepas, dilaporkan stabil tetapi masih tidak sedarkan diri.

Penolong Pegawai Penerangan HPP Natasha Mikyel Abdul Wahab ketika dihubungi di sini berkata, keadaan Dr Lim tidak banyak berubah sejak dimasukkan ke hospital dan masih menerima rawatan di ICU.

"Tun Dr Lim dalam keadaan stabil dan masih tidak sedarkan diri", katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.

Dr Lim, 91, dimasukkan ke hospital itu pada 26 Okt lepas dipercayai akibat serangan angin ahmar.

Antara pemimpin negara yang telah melawatnya di hospital ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri kabinet.

Dr Lim menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Beliau pernah menjadi presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu dan menjadi presiden parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971 dan di bawah kepimpinannya Gerakan menyertai Barisan Nasional(BN) pada 1972. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan