Kerajaan Kedah Diminta Pastikan Mangsa Banjir Dapat Air Bersih

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah diminta menyelesaikan segera masalah bekalan air kepada penduduk berikutan banjir di negeri itu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata meskipun bekalan makanan dan minuman di pusat-pusat penempatan banjir di negeri itu mencukupi, terdapat kekurangan bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.

"Ada mangsa yang mengadu sudah dua tiga hari tidak dapat mandi kerana kekurangan bekalan air bersih. Malah ia menyusahkan mereka termasuk untuk memasak dan membasuh pinggan," katanya ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus di sini, Khamis.

Katanya jika kerajaan PAS Kedah tidak mampu menangani masalah berkenaan, maka mereka mesti mengakuinya agar tanggungjawab itu boleh diambil alih segera oleh kerajaan pusat.

"Ini di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, harap mereka dapat buat sesuatu sebab kita tidak tahu berapa lama lagi mangsa akan berada di pusat penempatan.

"Kalau tidak mampu mereka kena bagi tahu supaya Pusat boleh ambil alih kerana ini sudah sampai tahap krisis," katanya.

Masalah bekalan air bersih berlaku berikutan peningkatan keperluan penggunaan oleh mangsa-mangsa banjir yang semakon ramai dan ia diburukkan lagi dengan pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang sejak dua hari lepas akibat ditenggelami air.

Khairy berkata Pemuda Umno menggerakkan inisiatif dengan membekalkan bantuan minuman dan roti kepada mangsa banjir di pusat-pusat penempatan termasuk di Kuala Kedah, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Jerlun.

Katanya di kawasan lain yang terputus hubungan, bantuan kewangan akan disalurkan kepada Ketua Pemuda Umno negeri bagi tujuan sama.

Kedah adalah antara negeri yang teruk dilanda banjir kali ini. Sehingga 9 pagi tadi, lebih 28,000 dipindahkan ke pusat penempatan sementara.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan