Kerajaan Diminta Tunda SPM Jika Banjir Berterusan

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dirayu supaya menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana banjir terburuk yang kini melanda Kedah dan Perlis dibimbangi boleh menjejaskan persediaan calon-calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 Nov ini.

"Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air, jadi perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM.

"Kerajaan perlu sensitif kerana situasi yang tidak kondusif mampu menjejaskan peluang pelajar untuk cemerlang dalam SPM dan ia turut melibatkan masa depan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang bersetuju supaya SPM ditunda kerana banjir menyukarkan calon-calon peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran, terutama jika terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara banjir.

Katanya kerajaan juga perlu memberi bantuan kepada calon-calon terlibat untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sekeluarga terjamin.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berharap Jabatan Pendidikan Negeri di negeri-negeri yang dilanda banjir, memberi laporan lengkap kepada kementerian dan pihak berkuasa berhubung situasi sebenar yang dihadapi calon-calon SPM.

"Ini adalah soal kebajikan. Sebagai seorang yang pernah mengambil SPM, saya tahu bagaimana keadaannya kalau tidak mempunyai ruang dan situasi yang kondusif untuk belajar sebab SPM ini 'berat'.

"Jadi saya harap jika banjir terus berterusan, tunda dahulu SPM sehingga keadaan pulih," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir berlarutan sehingga SPM berlangsung termasuk memindahkan calon SPM ke sekolah lain bagi kemudahan mereka.

Banjir yang kini melanda Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menyebabkan 31,000 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan