Jumlah Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Di Perlis Meningkat Kepada 13,723 Orang

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jumlah mangsa banjir di Perlis terus meningkat hari ini dengan mangsa yang dipindahkan sebanyak 13,723 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata angka itu meningkat berbanding lebih 11,000 mangsa yang ditempatkan di lebih 40 pusat pemindahan semalam. Kebanyakan mangsa banjir yang dipindahkan ialah dari kawasan Kangar manakala di kawasan utara Perlis, keadaan beransur surut.

ementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melawat mangsa-mangsa banjir pada Khamis.

Sebelum itu, beliau mendengar taklimat yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan