Diskaun Tol Untuk Pengguna Lebuhraya Duke Dan Smart Sempena Deepavali - Berita Semasa | mStar

Diskaun Tol Untuk Pengguna Lebuhraya Duke Dan Smart Sempena Deepavali

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KESTURI), memberi diskaun 10 peratus kepada semua yang menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bagi tempoh 24 jam bermula pukul 12.01 malam ini sempena sambutan Deepavali esok.

Pengurus Besar Duke, Ong Chee Keong dalam satu kenyataan hari ini berkata kadar diskaun itu dapat dinikmati oleh semua kelas kenderaan.

Sementara itu, pengguna Lebuhraya Smart pula akan menikmati diskaun sebanyak 20 sen juga bagi tempoh 24 jam bermula tengah malam ini.

Pegurus Besar Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan berkata diskaun itu adalah untuk semua kelas kenderaan.

Dengan diskaun itu, pengguna hanya perlu membayar RM1.80 berbanding RM2 sepanjang tempoh tersebut, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan