BN Menang 2- 0

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin (kanan) sebaik diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Komuniti Sandakan di sini malam tadi.-Foto BERNAMA.
Calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin (kanan) sebaik diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Komuniti Sandakan di sini malam tadi.-Foto BERNAMA.

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas daripada PAS, pada dua pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Linda Tsen, yang menggantikan mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi itu, menewaskan pencabar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, dari Parti Maju Sabah (SAPP).

Tsen, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, mendiang Edmund Chong mengalahkan calon Bebas Dr Chung Kwon Wing dengan majoriti 3,708 undi. Kerusi Galas di Gua Musang kembali kepada BN apabila Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi berbanding 4,134 undi yang diperoleh calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS pada 27 Sept akibat barah usus, manakala kerusi Parlimen Batu Sapi kosong ekoran kematian Edmund Chong akibat nahas jalan raya 9 Oktober lepas.

Majoriti diperoleh Abdul Aziz adalah 544 undi lebih tinggi berbanding yang diperoleh Chek Hashim pada pilihan raya umum 2008 iaitu sebanyak 646 undi. Pada pilihan raya umum 2004, Mohamad Saufi Deraman dari BN mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729 undi.

Mengulas kemenangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju transformasi negara yang hendak dibawa BN.

Beliau yang sedang cuti sakit akibat cacar air berkata, kemenangan pada kedua-dua pilihan raya itu adalah di luar jangkaan dan berharap komitmen yang ditunjukkan jentera BN akan terus mantap pada masa akan datang.

"Saya beri jaminan bahawa janji-janji BN untuk kedua-dua kawasan tersebut akan ditunaikan agar keyakinan rakyat terhadap BN akan berterusan," katanya ketika dihubungi Bernama. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan