Setiausaha Negara AS Kagum Pertumbuhan Tinggi Ekonomi Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton kagum dengan pertumbuhan tinggi ekonomi Malaysia, pulih dengan kukuh daripada kemelesetan ekonomi dunia baru-baru ini.

"Ekonomi Malaysia memberangsangkan walaupun terjejas teruk dengan kelembapan ekonomi global, tetapi pulih dengan kukuh tahun ini," kata beliau di Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Rabu.

"Cabaran telah dilalui oleh kepimpinan dan warga Malaysia terus meletakkan Malaysia kembali kepada pertumbuhan tinggi yang mengagumkan," kata beliau majlis pameran perkongsian Malaysia Airlines dengan syarikat-syarikat Amerika yang beroperasi di Malaysia.

Momentum pertumbuhan Malaysia pada separuh pertama 2010 melonjak kepada 9.5 peratus daripada negatif 5.1 peratus pada masa yang sama tahun lepas.

Clinton, yang menamatkan lawatan tiga hari beliau ke Malaysia hari ini, berkata Malaysia dan AS mempunyai sasaran yang serupa yang ditetapkan oleh Presiden AS Barack Obama untuk menggandakan eksport dalam masa lima tahun akan datang.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai asas yang kukuh untuk bergerak ke hadapan dalam hubungan ekonomi yang lebih erat memandangkan syarikat-syarikat pembuatan Amerika telah melabur US$50 bilion dan mengambil 166,000 pekerja Malaysia.

Clinton berkata beliau menganggap perkongsian antara Malaysia Airlines (MAS) dan Boeing, Pratt & Whitney dan GE sebagai hubungan yang membawa faedah bersama yang boleh mewujudkan pekerjaan mahir bergaji tinggi di kedua-dua negara.

"Kita memerlukan pertumbuhan tetapi ia perlu pertumbuhan yang betul, seimbang, jangka panjang dan inklusif," katanya.

Clinton juga berkata AS gembira dengan keputusan Malaysia untuk menyertai rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) memandangkan Perjanjian TPP itu akan menggalakkan kejayaan bersama dengan memperluaskan akses pasaran dan mewujudkan tempat yang setanding bagi pekerja di setiap negara yang mengambil bahagian dalam rundingan berkenaan.

"Tiada siapa yang melakukannya sendirian, bertindak sendiri dalam ekonomi global sudah tiada lagi, membina kemakmuran bersama merupakan sasaran yang boleh kita capai bersama.

"Saya tahu kita mempunyai keazaman dan bakat dan mempunyai hubungan yang erat antara kedua-dua negara di peringkat kerajaan, perniagaan dan rakyat dengan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan