N45 Galas: Lebih 80 Peratus Dijangka Keluar Mengundi Esok

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus jumlah pengundi akan keluar membuang undi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Khamis.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sasaran berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang dicatatkan pada pilihan raya umum 2008.

"Kalau pilihan raya umum yang lalu kita boleh capai peratusan 81 peratus, kali ini SPR jangkakan jumlahnya akan meningkat kerana semua pihak khususnya pengundi memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil ini.

"Saya yakin pengundi yang berada di luar kawasan juga akan balik menunaikan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Dewan Pusat Sivik di sini, Rabu.

Selain itu Wan Ahmad berkata pihaknya turut menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 8 malam.

Proses pembuangan undi akan dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusof, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Mengulas mengenai aduan kesalahan berkempen yang dilakukan oleh parti-parti politik yang bertanding, Wan Ahmad berkata sehingga kurang tujuh jam sebelum proses berkempen tamat, pihaknya hanya menerima empat aduan.

"Dalam sembilan hari tempoh berkempen, SPR boleh sifatkan bahawa pilihan raya kecil DUN Galas adalah yang paling aman kerana kita hanya terima empat aduan.

"Aduan berkenaan juga hanya melibatkan perkara-perkara kecil seperti kejadian bakar bendera dan juga aduan kedatangan pihak luar ke Galas membawa isu-isu yang tidak berkaitan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penyokong parti-parti politik agar tidak melanggari peraturan larangan berkempen pada hari mengundi bagi mengelakkan sebarang keteganga.

"SPR juga ingin menyeru kepada pengundi supaya keluar awal, jangan tunggu hingga saat akhir untuk tunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan