MP Pembangkang Bantah Tindakan Dr Latiff Bagi Jawapan Bertulis

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang tidak meneruskan sesi penggulungan bagi Kementerian Pertahanan dibantah Anggota Parlimen pembangkang apabila beliau memohon untuk memberi jawapan bertulis.

Dr Abdul Latiff tidak meneruskan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Pertahanan berikutan tiga Anggota Parlimen yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebelum ini, tiada di dalam Dewan Rakyat

Tiga anggota parlimen berkenaan ialah Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading), Dr Micheal Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Pertikaian bermula apabila Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membenarkan Dr Abdul Latiff berbuat demikian dengan mengambil kira situasi yang sama pernah berlaku pada sesi-sesi terdahulu.

"Saya bukan membuat satu peruntukan yang baru dalam Dewan ini. Pada penggal 1999 dahulu, banyak Menteri kalau Yang Berhormat telah membahas tiada dalam Dewan, Menteri tidak menjawab pun. Oleh yang demikian, ianya adalah di atas budi bicara Yang Berhormat sendiri," katanya.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) kemudiannya membantah dan melahirkan kerisauan mengenai amalan berkenaan yang mungkin diikuti oleh menteri-menteri yang lain serta dianggap boleh menggagalkan fungsi Dewan Rakyat.

"Walaupun tiga orang akan hadir, saya risau akan ada amalan yang demikian, yang mungkin menteri lain juga akan ikut.

"Yang Berhormat boleh teruskan untuk menjawab secara lisan dalam Dewan dan kami juga berminat untuk mendengar jawapan. Jangan kerana kesuntukan masa, ini menjadi amalan selepas ini. Saya pohon dipertimbangkan semula," katanya.

Turut membangkitkan rasa tidak puas hati adalah Chong Chien Jeng (DAP-Bandar Kuching) dan Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang mahu Timbalan Menteri meneruskan penggulungan kerana dengan ini dapat memberi peluang kepada Anggota Parlimen mengemukakan soalan atau meminta penjelasan, yang mana mereka tidak berkesempatan melakukan demikian pada sesi perbahasan sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi tetap tegas dengan keputusannya untuk membenarkan Timbalan Menteri memberi jawapan bertulis dan meneruskan sesi penggulungan itu.

"Tidak perlu tanya saya peraturan apa yang hendak diikut kerana keputusan yang dibuat hari ini adalah yang pernah diamalkan di Dewan ini sebelum ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan