MIFA: 10 Peserta Berentap Tampil Rekaan Terkini

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hari kedua Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2010 pada Rabu bermula dengan pertunjukan fesyen muslimah Festival Fesyen Islam (IFF) Beauty in Modesty oleh sembilan pereka fesyen. - Foto THE STAR Oleh S.S.KANESAN
Hari kedua Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2010 pada Rabu bermula dengan pertunjukan fesyen muslimah Festival Fesyen Islam (IFF) Beauty in Modesty oleh sembilan pereka fesyen. - Foto THE STAR Oleh S.S.KANESAN

KUALA LUMPUR: Para finalis Who’s Next Designer Search menampilkan saingan hebat dengan mempersembahkan kemuncak kreativiti masing-masing pada peringkat akhir pertandingan pencarian bakat pereka fesyen baru di Pavilion di sini, Rabu.

Antaranya Hyacinthe Kaur dengan gabungan denim dan kulit ala Dallas ‘glam’ selain inovasi Olivia Koo dan mainan fabrik kapas dengan mainan rona ceria oleh Lee Looi Teng.

Seramai 10 peserta akhir mempersembahkan koleksi masing-masing antaranya Silas Liew, William Sim, Chow Yao Xian, Alan Ooi, Chan Siew Le, Hayden Koh dan Michelle Shia.

Turut membuat penampilan khas dengan memperagakan koleksi finalis adalah 10 peserta akhir Who’s Next Model Search.

Keputusan senarai pemenang Who’s Next Designer Search dan Model Search akan diumumkan pada malam kemuncak Malaysian International Fashion Aliance (MIFA) Gala pada Ahad ini.

Diterajui jelitawan Deborah Henry dan supermodel Kavita Sidhu, Whos’ Next Designer Search dan Model Search akan disiarkan menerusi television online menerusi portal baru di laman web www.mifa.com.my.

Di samping membawa pulang pengalaman dan khidmat perundingan berharga, pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 termasuk sokongan dan panduan untuk melancarkan perniagaan fesyen masing-masing.

Manakala pemenang Model Search pula berpeluang memenangi kontrak peragaan bernilai RM100,000.

Sementara itu, hari kedua Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2010 pada Rabu bermula dengan pertunjukan fesyen muslimah Festival Fesyen Islam (IFF) Beauty in Modesty oleh sembilan pereka fesyen.

Selain pereka jemputan Indonesia Jenny Tjahyawati dan Itang Yunasz, turut mempersembahkan interpretasi busana muslimah masing-masing adalah jenama tempatan seperti Variante, Pink Jambu, Khadani, Jarumas, Hajaba, Amir Luqman dan Aktif Bestari.

Di samping itu, aktiviti hari kedua MIFW diteruskan dengan persembahan fesyen terkini tanah air Edge of Season dari Villiam Ooi, Jimmy Lim, Zero to Ten, Gallo dan cetusan Editor Glam, Wirda Adnan menerusi I Luv Wirda.

Melium Gala menyusul pada 8 malam dengan usahasama The Edge menampilkan Emilio Pucci, Halston Heritage, Helmut Lang dan Farah Khan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan