MIC Anjur Rumah Terbuka Deepavali Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat MIC akan mengadakan rumah terbuka bersempena perayaan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari pukul 9.30 pagi hingga 2 petang Jumaat ini.

Menurut kenyataan ibu pejabat MIC hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota jemaah menteri yang lain dijangka hadir pada majlis tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu bagi menjayakan gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata kaunter jabatan imigresen dan cawangan di seluruh negara akan ditutup selama tiga hari bermula Jumaat ini sempena sambutan Hari Deepavali.

Menurut kenyataan itu semua kaunter pejabat imigresen dan cawangan juga tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, serta Kuala Lumpur dan Labuan.

Manakala bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah kaunter akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan