Kementerian Pelajaran Bersedia Hadapi Kemungkinan Banjir Semasa SPM

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi seebarang kemungkinan termasuklah jika kejadian banjir berlarutan sehingga musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 23 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian telahpun mengenal pasti kawasan yang berisiko dilanda banjir, dan sekiranya ia berlaku calon-calon peperiksaan berkenaan akan dipindahkan ke sekolah berhampiran.

Asrama juga akan disediakan dengan kemudahan makanan untuk mengelakkan kesukaran yang mungkin dihadapi oleh calon untuk ke pusat peperiksaan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2010 di sini Rabu.

Alimuddin justeru berkata, calon-calon SPM tidak perlu bimbang mengenai perkara itu dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara tersebut yang akan disebarkan melalui sekolah dan media massa.

"Sebagaimana kita tahu peperiksaan ini tidak boleh diubah masanya, jadi pelajar-pelajar ini akan diberi kemudahan untuk memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan ini," katanya.

Sehingga hari ini, jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir meningkat kepada lebih 27,000 orang dengan Kedah mencatat jumlah tertinggi iaitu 20,902 orang.

Jumlah sekolah rendah dan menengah yang ditutup akibat bencana itu pula meningkat kepada 60 buah, dengan 26 daripadanya di Perlis, 21 di Kedah dan baki 13 di Kelantan.

Sementara itu Alimuddin berkata kementerian telah mengarahkan agar semua pengetua dan guru besar di seluruh negara agar mengutamakan keselamatan pelajar dalam isu tersebut.

Beliau berkata sekiranya paras air di sesebuah kawasan itu boleh menimbulkan bahaya kepada pelajar, mereka perlu menutup sekolah dan memaklumkan Pegawai Pelajaran Daerah mengenainya.

"Kita tak boleh kompromi dari segi keselamatan pelajar. Guru-guru juga walaupun sekolah ditutup, mereka masih perlu melaporkan diri di Pejabat Pelajaran Daerah yang berdekatan atau sekolah-sekolah berdekatan supaya mudah untuk dihubungi," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan dakwaan seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan yang menggunakan seterika untuk mengejutkan pelajar solat Subuh, Alimuddin berkata beliau telah menerima laporan awal mengenainya daripada Jabatan Pelajaran Negeri, namun ia hanya memaklumkan mengenai situasi kejadian.

Beliau telah mengarahkan agar laporan lengkap disediakan berhubung isu tersebut, termasuk siasatan rapi dan cadangan hukuman yang wajar diambil oleh pihak kementerian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan laporan polis telah dibuat mengenainya, oleh kedua-dua pihak pelajar dan guru terbabit.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran sebelum ini, mengarahkan Pengarah Pelajaran Kelantan menyiasat dengan terperinci dakwaan kes dera membabitkan dua pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan