Clinton Tamatkan Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton hari ini menamatkan lawatan rasmi tiga ke Malaysia, dengan memuji dinamisme ekonomi Malaysia dalam mewujudkan banyak kesan limpahan yang positif.

"Apa yang telah anda lakukan di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh dinamisme ekonomi dan segala-galanya yang dapat saya saksikan semasa berkereta di sekitar Kuala Lumpur adalah apa yang sebenarnya kita harapkan dalam lingkungan yang lebih luas.

"Anda mewujudkan pekerjaan yang baik, meningkatkan pendapatan dan menambah baik kehidupan penduduk miskin, yang kini mempunyai peluang untuk memenuhi impian mereka," kata Clinton.

Beliau bercakap pada pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sebelum berlepas ke Papua New Guinea.

"Satu daripada matlamat paling penting yang kita kongsi bersama ialah untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta menyebar luas kemakmuran di Malaysia dan merentasi rantau Asia Pasifik," katanya.

Antara yang hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada Clinton ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Pengerusi MAS Tan Sri Dr Munir Abdul Majid dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tengku Azmil Zaharuddin.

Semasa di berada di negara ini, Clinton mengadakan beberapa pertemuan yang membuahkan hasil dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Malaysia disenaraikan sebagai antara negara dalam siri lawatan Clinton ke Asia selain Vietnam, China dan Kemboja, sehingga kini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan