Undi BN Hadiah Deepavali - Mohan

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Pengundi daripada kalangan masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas diminta mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai hadiah Deepavali, kata Ketua Pemuda MIC T. Mohan.

Katanya perayaan Deepavali yang akan disambut pada 5 Nov ini sehari selepas pilihan raya kecil bagi kerusi Galas, akan lebih bermakna sekiranya BN menang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan bersama rakyat sempena hari Deepavali di sini malam tadi, beliau berkata walaupun bilangan pengundi India di kawasan itu hanya 185 orang, mereka mampu membantu BN mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu.

"Sokongan pengundi India kepada BN amat memberangsangkan hasil pendekatan rumah ke rumah yang digerakkan oleh jentera MIC. Saya yakin mereka akan memilih BN sebagai wakil pemimpin untuk memperjuangkan kebajikan mereka," katanya.

Dalam pilihan raya itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff berdepan wakil PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Mohan berkata MIC juga sudah mengenal pasti beberapa permasalahan yang dihadapi pengundi kaum india seperti tanah untuk tujuan perumahan.

"Ada sedikit isu, perumahan saya ingat kita akan bincang bagaimana boleh tolong, tetapi ini bukan di bawah kerajaan pusat kerana ia di bawah kuasa kerajaan negeri, jadi susah hendak selesaikan, tetapi kita akan tengok kalau boleh tolong, kita akan tolong," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan