Umur Bersara Hakim Mahkamah Syariah Dilanjut Kepada 66 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Had umur persaraan wajib bagi hakim Mahkamah Syariah akan dilanjutkan kepada 66 tahun daripada 58 tahun mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini bagi menyelaras dengan umur persaraan hakim Mahkamah Sivil.

"Tujuannya antara lain ialah agar hakim yang baru dapat menimba berpengalaman daripada hakim yang senior. Selain itu, dengan adanya hakim tersebut kita berharap tidak ada kes tertangguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010, di sini, Selasa.

Katanya amalan sekarang ialah apabila sampai umur 58 tahun, perkhidmatan hakim-hakim Mahkamah Syariah akan disambung secara kontrak setiap tahun.

Semasa merasmikan seminar tersebut, Jamil Khir berkata inisiatif perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan umum terhadap keunggulan undang-undang Islam sebagai undang-undang yang dapat menjamin keadilan kepada semua pihak tanpa mengira bangsa atau agama.

Beliau juga berkata Mahkamah Syariah perlu menjadi institusi yang bebas dan disegani dalam menegakkan keadilan tanpa perlu tunduk kepada tekanan luar yang datang daripada pelbagai kelompok organisasi dan masyarakat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan