Umno Padang Terap Beri Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno Bahagian Padang Terap hari ini membekalkan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat penempaan mangsa banjir di daerah itu.

Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata setakat ini sebanyak 950 keluarga membabitkan lebih 4,000 orang dari 30 kampung di daerah itu telah dipindahkan ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir.

"Kami turut membekalkan selimut dan tikar kepada mangsa banjir," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mahdzir berkata 14 sekolah di daerah itu turut terbabit banjir dan penilaian kerugian akan dibuat sebaik keadaan pulih.

"Kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, bomba, polis, tentera, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertahanan Awam," katanya.

Mahdzir berkata bentuk bantuan lain kepada mangsa banjir akan ditentukan kemudian kerana tumpuan kini diberikan kepada keselamatan serta keselesaan mangsa di pusat-pusat penempatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan