Tentera Diingat Pertahan Asas Profesionalisme - Sultan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengingatkan anggota tentera agar mempertahankan asas profesionalisme bagi menghadapi segala kemungkinan yang mendatang.

Baginda bertitah asas itu boleh didokong melalui amalan nilai-nilai rejimental termasuk memperkukuhkan disiplin dan sentiasa berusaha dalam setiap wadah perjuangan.

"Saudara semua merupakan sebahagian tonggak kecemerlangan dan tekad rakyat untuk menjadi bangsa yang berjaya dalam menghirup udara kemerdekaan. Janganlah sampai kita lalai dan leka, kerana kelak kita sendiri yang akan binasa," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah demikian pada istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama dan Batalion Kelapan RAMD di Kem Sungai Besi di sini, Selasa.

Turut hadir Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin.

Baginda juga menyeru agar semua warga tentera bersatu padu dengan mengambil langkah sederap bagi menghormati kesucian panji-panji sejajar dengan perkembangan senario peperangan yang dinamik serta pelbagai dimensi masa kini.

"Marilah kita sama-sama sanjungi penghargaan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran pertiwi.

"Ingatlah, ada di kalangan warga pasukan saudara yang gugur di medan pertempuran sebagai bunga bangsa demi menyahut seruan yang murni ini. Genggamlah kata-kata azimat 'Biar bertabur peluru di dada, namun undur pantang sekali'," titah baginda.

Terdahulu, Tuanku Abdul Halim menyempurnakan istiadat pertukaran panji-panji Rejimen Batalion Pertama dan Batalion Kelapan.

Ini merupakan kali ketiga baginda menyempurnakan istiadat Pertukaran panji-panji Batalion Pertama. Kali pertama pada 24 Mac 1984 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan kali kedua di Kem Sungai Besi pada 16 April 2002.

Pertukaran panji-panji bagi Batalion Kelapan pula sebelum ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 48 tahun lepas iaitu pada 28 Mac 1968.

Seramai 350 pegawai dan anggota terlibat dalam perbarisan istiadat pertukaran itu yang diketuai Leftenan Kolonel Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan