Pulau Pinang Tanpa Beg Plastik Bermula 1 Januari 2011

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mulai 1 Januari 2011, semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan 'hari tanpa beg plastik' setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata 'hari tanpa beg plastik' itu merupakan langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia.

"Maklumbalas dari 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Okt 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik," katanya ketika pembentangan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan 'hari tanpa beg plastik' tiga hari seminggu iaitu pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu.

Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan 'hari tanpa beg plastik', katanya.

Lim berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan Pusat Sumber Alam Sekitar di Tanjong Bunga, yang akan berfungsi sebagai pusat penghasilan EM Mudball, Garbage Enyzme dan tapak simpanan pokok-pokok. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan