Pengundi Bumiputera Islam Sokong Calon BN

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN Menjelang dua hari lagi hari mengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen dikatakan telah menerima sokongan padu di kalangan 15,099 pengundi bumiputera Islam.

Jika telahan ini tepat, maka calon Barisan Nasional (BN) ini hanya perlu memperolehi antara 25 hingga 50 peratus lagi sokongan daripada 9,737 pengundi Cina untuk memenangi kerusi kawasan tersebut.

Batu Sapi yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting dan Sekong mempunyai 25,582 pengundi.

Menurut sumber parti, balu kepada penyandang jawatan Wakil Rakyat Batu Sapi ini, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang meninggal pada 9 Okt lalu, dijangka turut memperolehi undi simpati daripada pengundi wanita di kawasan yang didiami penduduk Cina.

Pada pilihan raya umum 2008, suami Tsen memperolehi 9,479 undi menewaskan calon Bebas, Dr Chung Kong Wing yang mendapat 5,771 undi.

Tsen pula akan berdepan dua calon lelaki dari Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee iaitu Presiden SAPP dan bekas Ketua Menteri Sabah serta calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

"Keadaan mungkin berubah nanti, tapi kini kami sedang mendahului sokongan dengan selesa di kawasan bumiputera Islam sementara sokongan pengundi Cina semakin meningkat.

"Dalam tempoh dua hari ini, kami akan turun berhabis-habisan untuk menarik pengundi Cina bagi memastikan kemenangan BN.

"Secara umum, cita rasa penduduk Batu Sapi terutama di kawasan Sekong menunjukkan mereka mahu BN mewakili mereka di Parlimen," kata seorang pemimpin kanan Umno.

Ketua Puteri Umno bahagian Kinabatangan, Rohhenzie Lamri turut menggesa pengundi wanita terutama pengundi muda supaya menyokong Tsen. "Hanya kerajaan BN yang mampu menyediakan pelbagai peluang untuk menaik taraf hidup rakyat dan oleh itu golongan muda perlu menyokong BN," katanya.

Namun calon SAPP dilihat menjadi batu penghalang utama kepada Tsen untuk melangkah ke Parlimen.

Yong dikatakan diterima baik oleh pengundi Cina di Karamunting kerana beliau disifatkan sebagai seorang yang lantang bersuara, namun beliau dilihat sukar menembusi pengundi bumiputera Islam di Sekong, iaitu kawasan kubu kuat Umno.

Kehadiran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Batu Sapi sedikit sebanyak menghasilkan sokongan kepada Ansari, namun belum pasti sama ada beliau mampu membuat kejutan.

Kempen kepada calon BN pula dilakukan menerusi semangat 1Malaysia dengan turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hari ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan bergerak dari rumah ke rumah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan