Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Kit Siang - Berita Semasa | mStar

Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Kit Siang

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemuda Umno Bahagian Putrajaya membuat laporan polis berhubung kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menuduh Umno kafir.

Wakil pergerakan itu, Mohd Hisamudin Yahaya, berkata menuduh orang Umno kafir adalah sangat melampau dan merupakan satu tindakan provokasi.

Akhbar pada Selasa melaporkan Lim membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan