N45 Galas: Penduduk Asli Gua Musang Nikmati Penyeragaman Harga

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Lebih 500 penduduk kampung Orang Asli di sekitar Pos Brooke dan Lojing kini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan melakukan penyeragaman harga petrol dan Petroleum Gas Cecair (LPG) yang merupakan pertama seumpamanya di Kelantan. Dengan langkah itu, membolehkan mereka membeli harga minyak petrol dan gas memasak sama harga dengan yang dinikmati oleh rakyat di negara ini iaitu RM1.85 seliter bagi petrol dan RM25.90 LPG 14 kilogram/setong dan bukannya RM2.70 seliter dan RM28 setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penduduk di pendalaman terutama Orang Asli dan Kuala Krai sebelum ini terpaksa membayar harga lebih untuk kedua-dua bahan itu bagi menampung kos pengangkutan.

Bagaimanapun ia kini akan ditanggung oleh kerajaan selaras dengan peruntukan sebanyak RM200 juta yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011.

"Peruntukan itu sebahagian besar disalurkan kepada Sabah dan Sarawak serta pendalaman Semenanjung Malaysia terutama kawasan orang Asli seperti di Gua Musang dan Kuala Krai untuk menampung kos pengangkutan barang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penyeragaman harga LPG dan Community Drumming di Pos Brooke di sini, Selasa yang turut dihadiri Pengarah KPDNKK Kelantan Fauzi Haron. Untuk kawasan Gua Musang dan Dabong di Kuala Krai sahaja, katanya kerajaan memperuntukkan RM250,000 untuk tujuan itu. Mengulas mengenai kenaikan harga minyak RON 97 pula, beliau meminta rakyat agar tidak risau dengan kenaikan minyak itu kerana ia tidak akan menjejaskan harga minyak RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat di negara ini.

"Apabila kerajaan mengumumkan tentang pelarasan harga pertengahan tahun lalu, kerajaan tidak lagi mengawal harga minyak premium 97 yang digunakan oleh segelintir rakyat di negara ini terutama yang menggunakan kereta besar serta rakyat asing.

"Ia akan naik dan turun ikut pasaran. Tetapi untuk minyak RON 95 ia tidak akan naik kerana kerajaan masih mengawalnya disebabkan ia digunakan kebanyakan rakyat di negara ini," katanya.

Sementara itu, Nasir Busu, 39, dari Kampung Jedit Pos Brooke amat berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung selama ini.

"Sebelum ini saya terpaksa berulang lebih 30 kilometer ke Berinchang, Cameron Highland untuk mendapatkan minyak petrol, namun dengan adanya pusat jualan dan penyeragaman harga ini saya tidak lagi perlu berbuat demikian.

Sementara itu pemilik kedai runcit yang juga menjual LPG dan petrol, Kamaruddin Uda, 40, berkata setiap hari dianggarkan terdapat lebih 200 motosikal yang sering membeli minyak petrol dengan harga RM2.70 seliter di kedainya.

"Saya sendiri terpaksa menanggung kos RM100 untuk pengangkutan setiap kali pembekal datang menghantar minyak, jadi selepas ini saya tidak lagi terbeban dengan kos pengangkutan ini kerana kerajaan telahpun menanggungnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan