N45 Galas: Nik Aziz Janji Selesaikan Isu Tanah Orang Asli

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata isu pemberian hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli akan diselesaikan secara berperingkat selepas melalui beberapa prosedur yang dikendalikan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Menurutnya, pada dasarnya beliau bersetuju agar kelompok masyarakat berkenaan diberikan hak memiliki tanah namun bergantung kepada prosedur tertentu.

"Geran tanah kita akan bagi, tak timbul masalah tak bagi kerana asasnya ialah Orang Asli bukan orang asing, mereka orang Kelantan.

"Ia akan diberi kepada orang berkenaan sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan... insya-Allah kita akan beri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan di Loking di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pemilikan tanah yang menjadi masalah utama dan rungutan Orang Asli di sekitar Gua Musang khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Kerajaan PAS Kelantan didakwa gagal menyelesaikan isu hak milih tanah walaupun sudah mentadbir negeri itu selama 20 tahun.

Malah janji untuk menyelesaikan masalah berkenaan dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan setiap kali tibanya musim pilihan raya.

Ditanya mengenai tempoh masa yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan, Nik Aziz berkata: "Soal bila terletak atas pengurusan pegawai, saya tak suka cakap omong-omong kosong.

"Masalah geran akan diberi bila segala urusan selesai... insya-Allah kita akan lakukan," katanya.

Sementara itu Mursyidul Am PAS itu juga berkata kerajaan negeri bersetuju untuk menubuhkan Seketeriat Hal Ehwal Orang Asli yang akan dikendalikan oleh seorang exco.

"Seketeriat ini bagi membolehkan mereka bergerak (selesaikan isu)dalam bidang pelajaran, kesihatan ataupun pertanian," katanya.

Selain itu Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan melancarkan program klinik bergerak bagi memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat Orang Asli.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan