N45 Galas: Kerajaan Pusat Peruntuk RM627 Juta Untuk Gua Musang

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM627.49 juta untuk pembangunan Gua Musang termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sejak tahun 2006 hingga 2010.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peruntukan itu melibatkan 158 projek di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu melibatkan sektor ekonomi, keselamatan, pentadbiran dan sosial.

"Malah Gua Musang merupakan daerah yang mendapat peruntukan kedua terbanyak selepas Kota Bharu.

"(Bagi) sektor ekonomi diperuntukkan sejumlah RM339.38 juta dan keselamatan pula membabitkan peruntukan sejumlah RM6.65 juta, sementara peruntukan bagi sektor pentadbiran berjumlah RM37.58 juta manakala sektor sosial pula, peruntukannya adalah sejumlah RM243.88 juta," katanya.

Beliau, yang juga Timbalan Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional DUN Galas, berkata kerajaan Persekutuan telah membelanjakan berbilion ringgit dalam usaha membangunkan negeri Kelantan sejak negara mencapai kemerdekaan dan Kelantan adalah antara negeri yang banyak menerima peruntukan daripada pusat.

Mustapa berkata untuk RMK-9, jumlah peruntukan kerajaan termasuk sumber kewangan projek inisiatif swasta adalah berjumlah RM6.311 bilion.

Beliau berkata antara komitmen Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan termasuk perjawatan kakitangan Persekutuan, program pembasmian kemiskinan, dana khas Kerajaan Persekutuan, keselamatan, kesihatan, pelajaran dan infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan projek-projek mega di Kelantan.

Program membasmi kemiskinan melibatkan peruntukan sebanyak RM198.25 juta untuk tempoh RMK-9 (2006-2010) dan sehingga Ogos 2010, sebanyak RM53.8 juta diperuntukkan melibatkan 14,313 peserta termasuk peserta e-Kasih, katanya.

Beliau berkata projek mega yang turut dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan adalah pembinaan Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dengan kos projek sebanyak RM55.3 juta; pembinaan Jalan Gua Musang-Jelawang-Jeli dengan kos projek RM53.46 juta.

Ini termasuk projek kompleks Taman Budaya Negeri Kelantan dengan kos projek RM15.1 juta; dan Jambatan Kedua Sultan Yahaya Petra dengan kos bernilai RM150.23 juta, katanya.

Beliau berkata kerajaan pusat juga membangunkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang membabitkan peruntukan sejumlah RM214 juta termasuk pengambilalihan tanah di Bachok dan Jeli.

Beliau berkata pecahan peruntukan untuk UMK adalah RM100 juta di Bachok, RM40 juta di Jeli, dan sejumlah RM35 juta di Taman Bendahara, Kota Bharu.

Bagi peruntukan pelajaran bagi negeri Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) adalah berjumlah RM838.7 juta sepanjang RMK-9 dari tahun 2006 hingga 2010 di bawah Kementerian Pelajaran, katanya.

"Kemudahan yang disediakan kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan mencakupi pelbagai bentuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal termasuklah pembinaan sekolah-sekolah baru serta penambahbaikan infrastruktur bangunan lama di kawasan bandar dan di pedalaman negeri Kelantan," katanya.

Katanya dari aspek perjawatan Kerajaan Persekutuan, di Kelantan sahaja terdapat sejumlah 73,505 orang berbanding hanya 11,000 perjawatan bagi kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan