Msia Tak Ada Masalah Hillary Bertemu Anwar

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton untuk menemui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata, tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

"(Tambahan pula) kerajaan Barisan Nasional (BN) kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalahtafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton, di sini, hari ini.

Clinton, yang tiba malam tadi, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.

Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan itu.

"Saya tidak dapat berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) hari ini kerana beliau sakit dan ia memberi kesan kepada jadual saya di Kuala Lumpur.

"Para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan," katanya.

Beliau berkata, perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.

"Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.

"Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang," katanya.

Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud "pendakwaan berunsur politik' ia boleh berlaku kepada sesiapapun.

Beliau juga menegaskan bahawa perbicaraan itu adalah hasil inisiatif bekas pekerjanya (Anwar) dan untuk menafikan individu berkenaan daripada mendapat keadilan yang sama, ia adalah tidak adil.

"Saya juga mendapat pertanyaan daripada pemimpin dan orang ramai dari sesetengah negara meminta kerajaan untuk campur tangan dan tidak mendakwa Anwar dan saya fikir ia merupakan satu kesalahan melampau di pihak kita untuk campur tangan dalam badan kehakiman sebuah negara luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan