Konvokesyen UUM Dtangguh Kerana Banjir

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 sesi kelima dan keenam yang dijadual hari ini terpaksa ditangguh akibat banjir yang melanda daerah Kubang Pasu sejak semalam.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata majlis konvokesyen bagi dua hari pertama iaitu pada 31 Okt dan 1 Nov berjalan lancar.

"Bagaimanapun, bagi sesi kelima dan keenam pada hari terakhir majlis konvokesyen, iaitu hari ini terpaksa ditangguh atas sebab banjir di kawasan sekitar universiti ini," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar iaitu melalui Lebuhraya Utara Selatan ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir teruk, manakala beberapa laluan alternatif juga amat membahayakan pengguna jalan raya.

"UUM amat berat hati untuk membuat keputusan ini tetapi demi kebaikan dan keselamatan para graduan, ibu bapa, waris dan staf menyebabkan keputusan ini terpaksa dibuat.

"Keputusan ini juga dibuat kerana kebanyakan kakitangan yang bertugas sempena majlis konvokesyen turut terjejas akibat banjir sama ada rumah mereka dinaiki air atau terperangkap dalam banjir serta jalan yang menghubung UUM ke kediaman mereka terputus," katanya.

Mohamed Mustafa berkata keadaan dalam kawasan kampus terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang tentang keselamatan dan bekalan makanan penuntut yang tinggal di kawasan kampus.

Beliau berkata semua graduan diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam laman web serta surat akan dikeluarkan bagi memaklumkan tarikh baru menggantikan majlis konvokesyen yang ditangguh itu.

"Bagi penuntut yang sedang bercuti sempena cuti sebelum peperiksaan akhir turut diminta merujuk kepada laman web UUM bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai keadaan banjir di kawasan sekitar universiti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan