Kerjasama Ahli Politik, Penjawat Awam Penting Untuk Capai Wawasan Negara

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hubungan antara penjawat awam dan ahli politik dalam urus tadbir demokratik adalah penting dalam menggalakkan satu persefahaman dan kerjasama yang lebih besar untuk menerajui pencapaian wawasan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kedua-dua kumpulan perlu sebagai cara rakan tulen bagi menjadikan sektor awam lebih cekap dan berkesan untuk mencapai hasratnya.

"Seruan untuk pertimbangan khas bagi peranan dan fungsi kepimpinan dalam sektor awam. Sudah tiba masanya untuk meletakkan penjelasan terhadap setiap peranan (antara ahli politik dan fungsi kepimpinan dalam sektor awam)," katanya pada ucaptama Simposium Pembangunan Kepimpinan Membantu Hala Tuju Akan Datang" di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datuk Richard Riot Jaem.

Anifah berkata bagaimanapun penjelasan kedua-duanya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan di mana ahli politik menjadi lebih profesional dalam pentadbiran dan penjawat awam menjadi lebih mengetahui mengenai politik.

Di Malaysia dan banyak negara, kegagalan pelaksanaan merupakan masalah politik yang jelas yang dihadapi kerajaan, kata beliau. Beliau berkata ramai yang memikirkan bahawa penyelesaian bagi sesebuah kerajaan tidak baik ialah dengan menyerahkan aktivitinya kepada sektor swasta yang akan melaksanakannya lebih cemerlang tetapi ini tidak perlu kerana kerajaan mempunyai peranan lebih besar untuk dimainkan.

Anifah berkata dalam menyahut keperluan untuk rakyat berubah, ia juga mengenai masa untuk kerajaan mempertimbangkan perubahan agar perkhidmatan awam kekal relevan dan memudahkan pertumbuhan ekonomi dan keseluruhan pembangunan negara.

"Salah satu cara untuk melengkapkan diri kita untuk masa hadapan yang tidak menentu dan dalam mengendalikan respon yang kompleks dan meningkat ialah dengan mengadakan modal insan yang betul," kata beliau.

Simposium tiga hari itu dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Sekretariat Komanwel (ComSec) dihadiri kira-kira 30 peserta dari seluruh dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan