Jumlah Mangsa Banjir Perlis Yang Dipindahkan Terus Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Keadaan banjir bertambah buruk di Perlis dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,536 orang petang Selasa berbanding lebih 3,000 pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.

Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir.

Antara pusat pemindahan yang dilawati baginda berdua ialah Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.

Pada lawatan itu, Raja Muda Perlis menasihati mangsa-mangsa banjir supaya bersabar dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka.

Bagi kawasan-kawasan yang baru ditenggelami banjir, baginda berharap mangsa-mangsa mematikan suis utama elektrik dan bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan memerlukan.

Titah baginda keperluan penting perlu dibawa semasa berpindah termasuk dokumen peribadi, kad kredit, kad perubatan, ubatan, sijil akademik dan ijazah serta alat pengecas bateri telefon bimbit.

Baginda turut mencadangkan mangsa-mangsa banjir turut membantu pihak pengurusan pusat pemindahan dengan menubuhkan kumpulan memasak dan mengawal keselamatan.

Turut mengiringi baginda berdua dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri Perlis Datuk Azizan Hamid. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan