Jika Keadaan Memaksa TNB Akan Tutup Bekalan Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menutup sementara bekalan elektrik ke pencawang, pepasangan dan wayar elektrik di kawasan terlibat banjir sekiranya paras air mencecah paras yang membahayakan.

TNB dalam satu kenyataannya, petang Selasa memaklumkan bahawa ia akan ditutup sementara waktu bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

"Bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat," menurut kenyataan itu. Jabatan Meterologi Malaysia, menerusi laman webnya mengeluarkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Menurut kenyataan TNB itu lagi, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik apabila paras air naik di dalam rumah dan memastikan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir diperiksa dan diuji terlebih dahulu sebelum menggunakannya semula.

TNB juga meminta kerjasama ibu bapa supaya mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus dan segera menghubungi pejabat TNB sekiranya terdapat wayar elektrik yang terputus dan tiang elektrik yang tumbang.

Orang ramai boleh menghubungi pejabat TNB berdekatan dan menghubungi talian khidmat TNB 15454 jika terdapat wayar elektrik terputus dan tiang elektrik tumbang.

Sementara itu, Mercy Malaysia telah menggerakkan mekanisme respons banjir domestiknya sebagai persediaan menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri di utara semenanjung.

Presidennya Datuk Dr Ahmal Faizal Perdaus berkata Mercy Malaysia kini bekerjasama dengan chapter wilayah utara dan begitu juga dengan Majlis Keselamatan Negara (NSC) dan pihak berkuasa di kawasan itu.

"Untuk usaha bantuan banjir, kami telah menggerakkan para sukarelawan kami untuk menjalankan keperluan penilaian di kawasan yang terjejas terutama di Kedah dan Perlis, bagi menentukan keperluan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Mercy telah menghantar 900 peralatan kebersihan yang mengandungi ubat gigi, sikat, sabun, shampoo, selipar, tuala, tuala wanita, pakaian dalam dan baldi.

"Adalah penting bagi mangsa banjir menerima peralatan kebersihan kerana mereka dipindahkan akibat banjir dan terdedah kepada penyakit bawaan air seperti taun," katanya.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Dana Kemanusiaan Mercy Malaysia melalui Maybank (nama akaun: DANA KEMANUSIAAN MERCY, nombor akaun: 5621-7950-4126, ABA Swift Code: MBBEMYKLA) atau CIMB Bank (nama akaun: MERCY Malaysia, nombor akaun:1424-000-6561053, ABA Swift Code: CIBBMYKL) atau melalui online www.mercy.org.my.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan