Jemaah Haji Baru Balik Dari Tanah Suci Dilarang Daftar Semula - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tabung Haji telah menguatkuasakan larangan kepada jemaah haji yang baru balik daripada menunaikan ibadat itu, untuk mendaftar semula, mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang ingin mendaftar semula boleh berbuat demikian selepas tempoh lima tahun.

"Ini adalah syarat baru yang diperketatkan berbanding syarat sedia ada iaitu tidak boleh tunai haji dalam tempoh lima tahun," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini Isnin.

Katanya langkah itu juga adalah usaha Tabung Haji bagi memberi peluang kepada umat Islam yang baru kali pertama menunaikan ibadat haji.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran syarat akan diberikan kepada pihak yang berkaitan seperti mengiringi mahram yang terpilih, mengiringi warga tua yang diberi keutamaan berdasarkan garis usia tertentu yang diputuskan untuk tahun berkenaan dan mereka yang ditugaskan ke tanah suci Mekah.

Tabung Haji juga telah mewujudkan dasar menghalang mereka di bawah umur 15 tahun daripada menunaikan haji dengan tujuan meningkatkan peluang kepada umat Islam yang telah lanjut usia berbanding yang belum baligh, katanya.

"Dasar ini telah dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, bagi memenuhi permohonan haji yang semakin meningkat saban tahun, Tabung Haji telah mengemukakan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya meningkatkan kuota jemaah haji Malaysia kepada 28,000 orang berdasarkan jumlah penduduk yang berjumlah 28 juta orang.

Katanya, pada masa ini kuota jemaah haji Malaysia ialah seramai 26,000 orang setahun iaitu kuota yang disepakati semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sejak 1981.

"Pada masa ini susunan 26,000 orang setiap tahun telah pun siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip yang mendaftar dahulu, didahulukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak cadangan supaya agihan kuota menunaikan haji dibuat mengikut negeri kerana jumlah pendaftaran semasa yang diterima melambangkan jumlah umat Islam di setiap negeri.

Ini kerana, pada kebiasaannya, negeri yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai mempunyai jumlah pendaftaran haji yang tinggi berbanding negeri-negeri lain. Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan