Hillary Clinton Telefon PM & Ucap Moga Cepat Sembuh

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, mendoakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera sembuh daripada sakit yang dihidapinya dan kembali bertugas secepat mungkin.

Clinton, yang sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Najib semasa lawatan itu, berkata, beliau berbual dengan Najib menerusi telefon hari ini.

"Saya doakan Perdana Menteri supaya segera sembuh. Saya dukacita kerana kami tidak dapat berjumpa secara bersemuka namun saya ada menelefon beliau terdahulu hari ini dan mendoakan agar beliau segera pulih sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, di sini hari ini.

Sabtu lepas, Najib dinasihati supaya berehat di rumah dan mengelak daripada menghadiri semua majlis umum serta rasmi selepas diberi rawatan susulan ekoran tanda-tanda awal cacar air.

Perdana Menteri mula berasa tidak sihat dan kemudiannya menghidap ruam dan sakit pada otot serta sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean dan sidang kemuncak berkaitan di Hanoi.

Bercakap kepada Bernama kemudian, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengesahkan panggilan telefon itu berlangsung kira-kira 15 minit sekitar 10.30 pagi Selasa.

Beliau berkata, selain bertanyakan khabar mengenai kesihatan Najib, perbualan itu turut berkisar tentang beberapa isu mengenai hubungan dua hala.

Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bertemu secara bersemuka dengan Clinton pada lawatan pertamanya ke negara ini, kata Tengku.

Sementara itu, Clinton berkata beliau berasa sangat gembira berada di Malaysia memandangkan kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan, termasuk kepelbagaian budaya.

"Saya pernah beritahu seseorang sebelum ini bahawa lawatan pertama yang singkat ini adalah pembuka selera, jadi saya berhasrat untuk kembali semula pada masa hadapan bagi bankuet yang lengkap, meluangkan lebih banyak masa untuk mendengar sendiri daripada penduduk Malaysia dan berusaha untuk memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan