Clinton Harap Akta Perdagangan Strategik Dilaksana Dengan Pantas Dan Berkesan

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton percaya Akta Perdagangan Strategik dapat menafikan peluang pihak yang mengembangkan program nuklear menggunakan Malaysia bagi memperluaskan hasrat mereka. Katanya dengan akta itu, Malaysia mempunyai alat berkuasa untuk mencegah pengembangan senjata nuklear dengan lebih mudah menghentikan penghantaran bahan api nuklear, bahagian senjata dan peralatan lain khususnya kepada Iran dan Korea Utara.

"Membuka minda kita kepada idea baru adalah sebahagian penting dalam membina keselamatan dan kestablian jangka panjang tetapi kita juga perlu berdepan dengan realiti termasuk penyebaran senjata nuklear," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di sini Selasa.

Pada April lalu, sehari sebelum Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang dihoskan oleh Presiden Barack Obama, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ia telah menggubal Akta Perdagangan Strategik dengan tujuan memperkasakan kemampuan Kuala Lumpur membendung eksport dan pemindahan ke kapal bahan-bahan berkaitan senjata pemusnah besar-besaran.

Mengenai bidang multilateral, Clinton, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini, memuji bantuan Malaysia kepada pemimpin dan rakyat Afghanistan.

"Misi ketenteraan dan perubatan yang dihantar oleh Malaysia termasuk doktor wanita merupakan sumbangan ketara dalam membantu Afganistan membina semula negara itu selepas konflik selama 30 tahun," katanya.

Beliau juga menyokong penuh rancangan Malaysia untuk melabur dan mengambil bahagian dalam program membina semula Tebing Barat.

"Adalah amat penting menyokong usaha membina negara dan ia mencerminkan aspirasi munasabah bagi rakyat Palestin mempunyai negara sendiri," jelasnya.

Clinton berkata kepimpinan Palestin masa ini telah mencapai kemajuan ketara mengikut kajian Bank Dunia.

"Ini amat menggalakkan kami bahawa ramai sahabat Asia kami yang menyokong penubuhan negara Palestin. Ini merupakan keutamaan tertinggi Presiden Obama dan saya. Ianya sesuatu yang kami amat berusaha keras dan cuba membawa keamanan terhadap semua isu tertangguh dan konflik antara Israel dan Palestin sehingga lahirnya sebuah negara Palestin," katanya.

Sementara itu, Anifah menyifatkan mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu sebagai produktif.

"Saya bangga dengan perbincangan hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada Clinton atas komitmen negara itu untuk meningkatkan semua hubungan dengan Malaysia. "Saya percaya hubungan dua hala ini akan terus berkembang demi manfaat bersama," katanya.

Anifah berkata kdua-dua negara itu mengakui kerjasama dua hala yang akrab merangkumi bidang pertahanan, pendidikan, keselamatan, keganasan serta hubungan kukuh dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

"Kita mempunyai hampir 5,000 pelajar menuntut di Amerika Syarikat dan bilangan ketibaan pelancong Amerika tahun lepas adalah seramai 228,000 orang berbanding 223,000 orang pada tahun sebelumnya," katanya.

Malaysia merupakan persinggahan kelima Clinton dalam siri jelajah Asia selepas Guam, Vietnam, China dan Kemboja. Selepas Malaysia, beliau akan melawat Papua New Guinea, New Zealand, Australia dan Samoa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan