Berdiri Teguh Bersama Calon BN Batu Sapi

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pengundi Batu Sapi supaya menetapkan pendirian dan terus menyokong dan mendokong perjuangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Beliau bekata sokongan berterusan kepada BN amat penting bagi memastikan kesinambungan agenda kerajaan sekarang untuk membawa pembangunan dan membela nasib rakyat membawa kemakmuran kepada negara.

"Rakyat di peringkat bawah (akar umbi) ini perlu kita bela. Jadi saya ingatkan mereka supaya terus memakai baju biru (lambang BN) secara berterusan. Saya juga tekankan pentingnya mereka terus menyokong calon BN di Batu Sapi ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Lupak Meluas dan Kampung Disayang di sini, Selasa.

Mengenai kempen pembangkang yang terus menerus memilih pendekatan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan, Shafie berkata yang penting bagi BN ialah terus bekerja untuk membela rakyat kerana masih banyak perkara yang perlu dilkukan.

Katanya menyokong calon pembangkang cuma merugikan pengundi sendiri kerana jika mereka dipilih memenang pilihan raya berkenaan, calon berkenaan tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat.

Menurut Shafie, sekiranya calon BN yang pengundi pilih, ia akan memudahkan kerajaan untuk menyelaraskan segala bentuk pembangunan dan bantuan yang diperlukan pengundi kawasan Batu Sapi.

Sebaliknya beliau berkata jika pengundi Batu Sapi memilih calon pembangkang, kerajaan akan berhadapan dengan masalah untuk menyalurkan bantuan kerana pemimpin (pembangkang) yang mereka pilih tidak sehaluan dengan kerajaan.

Mengenai penilaiannya terhadap kempen jentera BN setakat ini, Shafie berkata: "Insya Allah, kita berdoalah kepada Tuhan selepas kita bekerja. Saya sudah berada di sini beberapa hari. Mudah-mudahan kita mendapat sokongan kuat daripada pengundi," katanya.

Mengulas hasil lawatanya ke kedua-dua kampung berkenaan, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pihaknya sebelum ini memang sudah mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan yang diperlukan penduduk kawasan itu termasuk pembaikan jambatan dan program bantuan rumah.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Calon BN ialah Datin Linda Tsen Thau Lin manakala PKR dan SAPP masing-masing diwakili Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan