Tindakan Siswa Di Galas Selepas Teliti Laporan Polis

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan hanya memutuskan bentuk tindakan terhadap empat penuntut institusi pengajian tinggi, yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas menerima laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata jika peristiwa sedemikan berlaku, lazimnya kementerian akan dimaklumkan dan kemudian menyerahkan kepada pihak universiti untuk menjalankan siasatan.

"Dalam hal ini, polis sudah pun melakukan sisatan. Oleh itu, kita akan melihat apakah tindakan yang boleh dilakukan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Isnin.

Semalam, empat mahasiswa itu Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar, Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditahan polis pada kira-kira 1.30 petang ketika menyebarkan risalah menyeru penduduk tempatan menggunakan hak demokrasi mereka untuk mengundi.

Mereka kemudiannya dibawa ke IPD Gua Musang untuk disoal siasat sebelum dibebaskan pada 9.15 malam hari yang sama.

Terdahulu, sekumpulan mahasiswa terdiri daripada anggota Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) termasuk empat mahasiswa yang ditahan itu menyerahkan memorandum kepada Saifuddin meminta agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Saifuddin berkata pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia mendengar sebarang pandangan dan cadangan daripada mana-mana pihak mengenai akta itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan