Slogan 'Sabah For Sabahan' Tidak Berpijak Di Bumi Nyata - Rais

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pihak yang sengaja membangkitkan isu 'Sabah For Sabahan' dan autonomi untuk meraih sokongan politik sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata isu berkenaan bukan sahaja lapuk dan muncul apabila ada pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tetapi juga sebenarnya cuma membicarakan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan isu kenegaraan.

"Kita boleh anggap pihak yang terus menerus berhujah seperti ini tidak berpijak di bumi nyata. Tidak berpijak di bumi nyata bermaksud tidak mengenal undang kenegaraan dan Perlembagaan Negara kita.

"Disebut di bawah Perkara 161, Perlembagaan Malaysia, perkara (kedudukan Sabah) yang sudah diputuskan dan akan terus diamalkan di tanah air," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual Sandakanfm yang disiarkan secara langsung di sini, Isnin.

Menurut Rais, 20 Perkara yang disebutkan dahulu sudah selesai kecuali beberapa perkara yang berkaitan dengan penempatan pegawai namun itupun cuma pada peringkat-peringkat tertentu dan ianya sedang diatur dengan baik.

Sebagai contoh, katanya, dalam bidang kehakiman sudah ramai anak-anak Sabah berkhidmat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah dari Sabah.

Rais berkata sikap pihak tertentu yang sengaja membangkitkan perkara berkenaan boleh dianggap serius kerana seolah-olah ada usaha untuk membawa Sabah ke arah lain yang tidak selari dengan Malaysia sebagai sebuah entiti negara.

"Apabila air keruh (ikan) sembilang memang banyak. Jadi kita tidak mahu ikan sembilang ini berenang dalam air keruh langsung menyengat orang. Tetapi sekarang saya faham majoriti kita di Sabah tidak lagi hairan dengan perkara seperti ini," katanya.

Rais berkata rakyat harus menolak sentimen sempit seperti itu dan menumpukan perhatian dan usaha bersama kerajaan untuk melahirkan generasi pemimpin negara yang hebat dari Sabah serta berpendidikan tinggi.

Rais menyatakan kehairanannya dengan sikap bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang membangkitkan isu berkenaan kerana semasa menjadi ketua menteri dahulu beliau gagal berbuat apa-apa untuk Sabah.

Sebaliknya, Rais melahirkan penghargaannya kepada Ketua Menteri Sabah sekarang Datuk Seri Musa Aman kerana ketegasannya dalam mentadbir Sabah secara berkesan.

Mengulas mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu semalam yang bimbang dengan kecenderungan pihak tertentu yang cuba membangkitkan isu yang boleh memecah belahkah rakyat, Rais berkata Raja-Raja Melayu cuma mengingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang perkara-perkara yang sudah dipersetujui oleh semua kaum sejak dahulu.

"Jadi Raja-Raja Melayu kita cuma mengingatkan supaya kita jangan lupa asal usul kita, jangan lupa apa yang sudah kita janjikan dalam bentuk perlembagaan, jangan kita huraikan balik sehingga mencetuskan huru-hara yang tidak dapat dikawal.

"Dalam konteks itulah, mereka yang membawa kepada pemecahan Malaysia ataupun menyatakan sesuatu agar masyarakat berpecah semula, Akta Hasutan ada dan undang negara kita cukup untuk dilaksakan.

"Barangkali Peguam Negara akan merasa terpanggil untuk menguji semua itu tetapi masa itu belum sampai. Tetapi saya berasa bahawa undang-undang negara kita tetap di situ. Kita mesti melaksanakannya dalam ketegasan yang dibenarkan undang-undang negara kita," tegasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan