Puspakom Periksa Keadaan Bas Yang Terbabit Kemalangan Di Genting Sempah

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini melakukan pemeriksaan terhadap bas yang terlibat dalam kemalangan di Km38 Genting Sempah Jumaat lepas, berikutan dakwaan kenderaan itu mengalami masalah brek ketika kejadian.

Pemeriksaan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di mana bas berkenaan yang kini dalam keadaan rosak teruk, ditempatkan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata Puspakom dipanggil bagi membantu siasatan serta membuat membuat penilaian terhadap bas itu berikutan dakwaan saksi dan pemandu bas itu yang breknya rosak.

"Lagipun dalam membuat siasatan ini kena adil. Sebelum memutuskan sesuatu perkara, perlu dapat pandangan pakar contohnya seperti Puspakom dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.

Dalam kejadian 7.50 malam Jumaat lepas, bas yang membawa 44 remaja dari Kampung Baru Siong, Baling, Kedah, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands.

Nahas itu meragut tujuh nyawa manakala 39 yang lain termasuk pemandu bas cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan