Perdana Menteri Australia Tiba Untuk Lawatan Dua Hari Ke Malaysia - Berita Semasa | mStar

Perdana Menteri Australia Tiba Untuk Lawatan Dua Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri wanita pertama Australia Julia Gillard tiba di sini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, Ahad.

Pesawat yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.40 malam.

Ketibaan Julia yang diiringi suaminya Tim Mathieson disambut oleh Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay dan isteri Rajakumari Jeyamaran.

Ini merupakan lawatan sulung Julia ke rantau ini selepas menjadi Perdana Menteri. Esok, Julia akan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya diikuti dengan mesyuarat di antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis makan tengah hari untuk meraikan pemimpin Australia itu di Seri Perdana, Putrajaya.

Julia dijadualkan berlepas ke Jakarta petang esok untuk lawatan rasmi ke Indonesia. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan