N45 Galas: Janji PAS Mahu Wartakan Tanah Rizab Orang Asli

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan PAS Kelantan berjanji akan mewartakan semua kawasan penempatan Orang Asli di negeri itu sebagai tanah rizab dalam usaha untuk memberikan hak tanah kepada masyarakat berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, kerajaan negeri menerusi mesyuarat pada Mac lalu bersetuju untuk mewartakan semua tanah yang terlibat dengan pendudukan Orang Asli di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.

"Kita akan kenal pasti semua kawasan Orang Asli dan ia akan dirizabkan, kita kawal tanah-tanah mereka melalui rizab.

"Lambat laun Orang Asli akan dapat tanah juga, tapi bergantung kepada prosesnya... kita akan beri dua ekar (0.8 hektar) seorang khas untuk Orang Asli," katanya ketika ditemui selepas satu mesyuarat khas ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Lojing di sini, Isnin.

Menurutnya kerajaan negeri kini dalam proses untuk meneliti keluasan keseluruhan kawasan yang diduduki oleh masyarakat Orang Asli untuk dirizabkan.

"Kita akan sukat, kemudiannya kerajaan negeri melalui pejabat tanah dan jajahan akan menyenaraikan nama-nama Orang Asli yang ada dalam kawasan itu.

"Kita perlu kenal pasti agar tidak memasukkan nama orang yang tidak berada dalam kawasan berkenaan... kerja ini dibuat oleh pejabat tanah," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan