N45 Galas: BN Tetap Tidak Serang Peribadi Lawan

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) tetap mempertahankan prinsip agar tidak menyerang peribadi mana-mana pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun PAS mula berbuat demikian terhadapnya.

Justeru Pengarah pilihan Raya BN bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzam hairan bagaimana pemimpin yang mewakili parti Islam sanggup berbohong semata-mata kepentingan politik mereka.

Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau turut menerima risalah berupa maklumat mengenai kisah peribadi calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed namun enggan mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut.

"Saya ada menerima risalah yang menuduh calon PAS tentang kisah masa lepas beliau... tapi saya tak mahu itu dilakukan... malah saya diberitahu ia sebenarnya datang daripada kalangan parti mereka juga, bukan daripada kalangan kita, jadi jangan salah faham.

"Tapi kita tetap tidak akan menyerang sesiapa atau menuduh sesiapa, kita hanya nak terang dasar-dasar perjuangan kita... kalau PAS nak tuduh juga, itu hal mereka, mereka tanggunglah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai tindakan PAS menyerang peribadinya dengan menuduh bahawa Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu 'menghilangkan' fail berkaitan hak milik tanah Orang Asli hingga menyebabkan kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sokongan pengundi Cina terhadap BN, Tengku Razaleigh berkata beliau yakin masyarakat itu akan memberi sokongan kepada BN.

"Insya-Allah Galas akan pulang ke pangkuan BN seperti mana asalnya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan