Malaysia, Australia Tegas Dalam Isu Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dalam isu penyeludupan manusia, pemerdagangan orang serta jenayah berkaitan rentas negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kedua-dua negara percaya bahawa Proses Bali mengenai pemerdagangan manusia akan membenarkan negara berkenaan di rantau ini, khasnya dalam menangani isu ini.

"Ia adalah rumit, tetapi bekerjasama sebagai satu dalam menangani masalah bersama jenayah rentas negara, sudah tentu, sangat penting untuk kita," katanya pada persidangan akhbar bersama dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard, di sini Isnin.

Proses Bali ialah satu inisiatif yang membawa penyertaan bersama untuk bekerjsama dalam langkah-langkah amalan untuk membantu membanteras penyeludupan dan pemerdagangan manusia di rantau Asia Pasifik.

Gillard, perdana menteri wanita pertama Australia, kini dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada lawatan sulung beliau ke rantau ini selepas menjadi perdana menteri pada Jun lepas.

Muhyiddin berkata kedua-dua negara bersetuju perlunya meningkatkan lagi kerjasama dalam membanteras penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

Beliau berkata terdapat beberapa usaha oleh kumpulan yang berusaha menyelesaikan masalah ini yang ditubuhkan antara kedua-dua negara dalam menangani isu tersebut.

"Dan kita mahu lihat bahawa mereka meneruskan (perkara itu), untuk hari ini, ia sangat kompleks (isu). Sudah tentu, (ini) isu serius pada peringkat rantau dan antarabangsa," kata beliau.

Gillard berkata Malaysia telah menjadi penyumbang utama di rantau ini terhadap gangguan aktiviti penyeludupan orang.

"Kita sangat mengalu-ngalukan Malaysia dalam memperkenalkan undang-undang untuk menjadikan jenayah bagi mereka yang terbabit dengan penyeludupan manusia.

"Saya juga hari ini berpeluang bercakap menerusi cadangan Australia untuk satu rangka kerja perlindungan rantau dan sebuah pusat pemprosesan rantau, dan kita telah bersetuju untuk mengadakan dialog lagi dalam bidang ini, termasuk melalui Proses Bali," kata beliau.

Mengulas komitmen Malaysia ke arah sebuah pusat pemprosesan rantau yang dicadangkan Australia, Muhyiddin berkata Malaysia memandangnya sebaga satu perkara penting dan memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya.

"Sudah pasti, banyak lagi keperluan untuk dilakukan dan, saya telah nyatakan sebelum ini, bahawa kita perlu lihat bagaimana mekanisme boleh bekerja dan sama ada pihak-pihak berkenaan perlu menyumbang dalam cara apa bagi kos pusat tersebut.

"Terdapat beberapa perkara tertunggak yang perlu ditangani sebelum Malaysia menyatakan pendiriannya dalam perkara ini," kata beliau.

Mengenai lawatan Gillard ke Malaysia, beliau berkata ia meletakkannya pada tahap yang lebih tinggi dalam hubungan antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.

Mengenai perdagangan dan pelaburan, beliau berkata kedua-dua negara kagum dengan pertumbuhan kukuh dalam perdagangan dua hala yang menyaksikan jumlah dagangan sebanyak US$7 bilion (RM21.6 bilion) bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding dengan US$5.4 bilion (RM16.7 bilion) untuk tempoh yang sama tahun lepas, mencerminkan peningkatan 20.5 peratus.

"Kita gembira melihat aliran pelaburan yang kukuh ke Malaysia dari 1980 hingga Ogos 2010, dengan pelaburan Australia di Malaysia benilai US$6.91 bilion (RM21.4 billion) dengan jumlah keseluruhan 472 projek pembuatan yang diluluskan.

"Setakat ini, sebanyak 289 projek telah dilaksanakan, pengwujudan lebih 18,000 pekerjaan baru," kata beliau. Muhyiddin berkata Gillard dan beliau telah membincangkan pentingnya menggerakkan mesyuarat dan perbincangan antara kedua-dua negara dalam aspek mendapatkan Perjanjian Bebas Perdagangan (FTA).

"Mereka mempunyai beberapa siri mesyuarat, dan kita harap bahawa ini akan digerakkan pada tahun depan, diharapkan, perjanjian itu akan ditandatangani secepat mungkin," kata beliau. -BERNAMA.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan