Majoriti Pengundi Cina Sokong BN Di Galas - Ketua Cawangan MCA

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ketua MCA Cawangan Pekan Lama Gua Musang, Raymond Ho Eng Chong, berkata parti itu menerima maklumat balas positif daripada pengundi Cina di Galas untuk menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada Khamis ini.

Katanya 85 peratus daripada 2,317 pengundi Cina telah menunjukkan kecenderungan menyokong calon BN Abdul Aziz Yusoff.

"Maklumat balas ini diterima hasil gerak kerja yang dilakukan oleh MCA," katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berdepan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyadangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah pada 27 Sept lepas.

Pengundi Cina merupakan 20.6 peratus daripada sejumlah 11,553 pengundi di situ.

Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman pula berkata dakwaan DAP kononnya ia menghormati Islam dan sedia mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz adalah satu cubaan memperdaya pengundi di Galas.

Katanya taktik berkenaan menggambarkan strategi terdesak DAP untuk mendapatkan undi orang Melayu menyokong pakatan pembangkang.

"Dengan kaum Cina, mereka memainkan isu yang agak perkauman manakala dengan Melayu, mereka mainkan isu lain bagi menarik sokongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan