Lawatan Ke Malaysia Mencerminkan Komitmen - PM Australia

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Australia Julia Gillard berkata beliau memilih Malaysia sebagai negara pertama dalam rangka lawatannya ke rantau ini bagi menunjukkan komitmen peribadinya untuk merealisasikan potensi penuh hubungan antara dua negara itu.

Katanya, walaupun hubungan antara Australia dan Malaysia dalam 'keadaan baik' tetapi beliau percaya hubungan itu dapat dipertingkatkan lagi.

"Jadi, saya mahu mengadakan lawatan awal ini sebagai cara menunjukkan bahawa saya secara peribadi komited bagi memastikan hubungan kita dengan Malaysia dapat mencapai potensi sepenuhnya.

"Saya juga ingin memaklumkan kerjasama sekian lama kita mengenai cabaran keselamatan utama dalam rantau ini dan berbincang menerusi kerjasama bagi menangani cabaran itu," katanya pada sidang media bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, pada Isnin.

Gillard tiba di sini malam Ahad untuk lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke rantau ini selepas menjadi Perdana Menteri pada Jun lalu.

Gillard berkata hubungan bermakna antara dua negara itu sebahagiannya kerana hubungan ekonomi berikutan Malaysia menjadi rakan perdagangan ketiga terbesar ASEAN bagi Australia.

Katanya prospek Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia juga telah dibincangkan dan kedua-dua pihak berkongsi komitmen untuk memuktamadkan perjanjian itu tahun depan.

"Kami juga mengambil perhatian bahawa kita berkongsi impian bagi perjanjian ini supaya ia menjadi satu daripada komitmen di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand," jelasnya.

Mengenai pendidikan, Gillard berkata sudah wujud kerjasama kukuh dan pertukaran antara kedua-dua negara itu dalam bidang tersebut seperti dicerminkan melalui 23,000 pelajar Malaysia yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negara itu.

Katanya beberapa rangka kerjasama juga dalam perancangan di bidang pendidikan vokasional, latihan pembangunan yang boleh diusahakan menerusi memorandum persefahaman.

"Saya juga bangga untuk mengumumkan tiga pelajar Malaysia akan menerima Anugerah Australia-Asia Endeavour untuk melanjutkan pengajian mereka," katanya.

Gillard berkata Australia juga berminat meneruskan kerjasama dua hala dalam melatih melatih guru-guru Afghanistan di mana kira-kira 60 warga Afghanistan sedang dilatih sebagai guru utama di Malaysia.

Gillard, yang sepatutnya bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak, menyampaikan salam kepada Perdana Menteri agar cepat sembuh daripada simpton penyakit cacar.

Semalam, penasihat media Perdana Menteri, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin dalam kenyataan berkata Najib mula rasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi sekembalinya dari Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 selama tiga hari di Hanoi, Vietnam.

Katanya Najib dinasihatkan supaya berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan selepas terdapat tanda-tanda awal penyakit cacar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan