Ladang Rakyat: Penduduk Tidak Akan Tertipu Jika PAS Amal Islam Sebenar - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kejadian penduduk tertipu dengan penubuhan Ladang Rakyat tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Pas Kelantan benar-benar jujur dalam menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, bagi menjadikan projek itu satu kenyataan Pas sanggup memperdaya penduduk dengan pelbagai janji tanpa mengambil kira kemampuan untuk menunaikannya walaupun sedar ia jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang kononnya diamalkan parti itu.

"Memang tak patut berlaku. Sepatutnya kes-kes menipu rakyat tak boleh berlaku. Seharusnya Pas menjadi contoh...Islam ini bukan sekadar diucap tetapi perlu dipraktikkan apa yang diucapkan. Kita, BN (Barisan Nasional) tak cakap soal Islam secara lebih tetapi kita melaksanakannya," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan hadiah kempen deposit Agrobank di sini, Isnin. Noh berkata demikian mengulas isu Ladang Rakyat di Hulu Kelantan yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan 400 Orang Asli mula dipersoalkan kerana terdapat peserta mendakwa diperdaya apabila tanah yang diusahakan sejak sekian lama diambil kerajaan negeri untuk diusahakan pihak luar.

Beliau berkata, rakyat perlu menjadikan isu itu sebagai panduan dalam menilai kejujuran kerajaan Pas dan BN membantu rakyat kerana sememangnya mudah untuk berjanji tetapi sejauh mana janji itu mampu ditunaikan perlu juga diberi perhatian.

Menjadikan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan kementerian sebagai contoh Noh berkata, kejayaan projek berkeluasan 7,000 hektar yang disertai lebih 2,000 peserta di seluruh negara itu tidak bersandarkan janji semata-mata sebaliknya kerajaan merangka dan menyediakan peruntukan RM150 juta bagi memastikan perancangan yang dibuat terlaksana.

"Tanah yang diusahakan ada antaranya disediakan oleh kerajaan negeri dan juga tanah milik kementerian. Tetapi apabila kita kata nak tolong rakyat kita bagi peruntukan. Bagi TKPM, kementerian sediakan peruntukan kira-kira RM20,000 untuk sehektar.

"Inilah kelebihan kerajaan BN, dengan dasar yang disusun berserta peruntukan yang disediakan maka hari ini kita lihat negara kita kalau dibandingkan dengan negara-negara lain yang menikmati kemerdekaan pada masa yang sama, negara kita lebih maju dalam bidang pertanian daripada mereka," katanya.

Beliau berkata, apabila rakyat mempersoalkan mengenai janji-janji pembangunan yang dibuat, kerajaan negeri akan mengalihkan kesalahan tersebut kepada kerajaan BN dengan mendakwa tiada peruntukan diberikan.

"Kita nak minta rakyat menilai janji-janji kerajaan pembangkang sebab yang paling mudah sekali adalah berjanji, janji tak perlu modal dan nak janji pada rakyat hanya pakai air liur dengan lidah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan