Ketua Parlimen Indonesia Tidak Anggap Jarak Jauh Penghalang Untuk Berjaya

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Jarak sejauh 1,500 kilometer antara universiti pilihan dengan tempat tinggalnya, tidak mematahkan semangat Dr Marzuki Alie untuk menimba ilmu.

Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia itu yakin, dengan semangat juang serta keinginan yang kuat untuk menimba ilmu, sesiapa sahaja mampu berjaya walaupun terpaksa berulang-alik dari Jakarta, Indonesia ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

"Ada ketika penat sebab terpaksa berulang alik, kadang kala dua atau tiga kali sebulan pada awal pengajian bermula (2006), tapi itu semua tergantung pada bagaimana kita mengurus waktu.

"Ia tidak mudah kalau tidak ada semangat juang, tambah pula saya sangat sederhana tidak mahu susah-susah kerana waktu terbatas dengan tugas-tugas politik di Indonesia," katanya ketika ditemui selepas menerima Ijazah Doktor Falsafah di UUM di sini, Ahad.

Marzuki, 55, merupakan antara 52 graduan Doktor Falsafah (PhD) yang menerima ijazah masing-masing daripada Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menurut Marzuki pengajiannya lebih mencabar apabila mendapat penyelia yang sangat tegas dan mahukan kajian yang sangat teliti, sedangkan beliau mempunyai waktu yang cukup terhad kerana merupakan orang penting dalam parlimen negaranya.

"Memang saya punya penyelia yang sangat tetap, tapi saya punya keyakinan saya harus bisa berhadapan dengan sesiapa dan saya suka orang yang mempunyai prinsip yang ilmiah seperti itu kerana ia ada nilai.

"Kadang-kadang saya sangat penat kerana dia (penyelia) inginkan sesuatu yang sangat komplikated, tapi saya hargainya dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik akhirnya," katanya.

Antara cabaran lain yang sangat berat bagi Marzuki ialah untuk mendapatkan buku atau bahan rujukan untuk kajiannya yang bertajuk "Pemasaran Politik dan Politik Kepartian Indonesia: Kajian Pemilihan Umum Tahun 2009 di Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta".

Kata anak kelahiran Palembang, Indonesia itu bidang Pemasaran Politik masih baru di negaranya dan tidak banyak kajian terdahulu mengenainya dilakukan di sana.

Marzuki berkata, beliau terpaksa memesan atau membeli buku-buku berkaitan melalui laman web daripada beberapa buah negara dan disebabkan faktor jarak, bahan yang dipesan seringkali lambat tiba.

"Jika tidak sempat membaca, saya akan berbincang dengan rakan-rakan yang sudah bergelar doktor dalam bidang berkenaan bagi mendapatkan kefahaman," katanya.

Menurut beliau, PhD yang digenggamnya hari ini adalah sebagai pelengkap kepada kariernya dalam bidang politik dan berharap dapat dimanfaatkan untuk masyarakat negaranya.

Ditanya mengapa UUM menjadi pilihan, Dr Marzuki berkata; "Ketika diperkenalkan dengan UUM, saya diberitahu ini (Kedah) negeri Tun Mahathir, jadi saya yakin pasti ia bagus". -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan